Sinatra_Z - Zaidel Bila Nak Kahwin

26 APRIL — Alkisah pada suatu hari mak saya ada bertanyakan pada saya, “Zaidel bila nak kahwin?”

Barangkali kerana abang saya sudah mula menyatakan hasrat dia untuk berumahtangga membuatkan soalan cepumas ini ditanyakan kepada saya.

Maka dengan hati yang tenang saya menjawab, “Macamana nak kahwin, takde orang masuk meminang?” Mak saya dengan tangkas memancung pernyataan saya dengan berkata, “Apa ni orang lelaki pulak kena minang!”

“Eeehh... Barulah ikut Sunah Nabi, Siti Khatijah minang Nabi Muhammad (s.a.w) apa.” Maka setelah mendengar jawapan yang sebegitu bernas lagi Islamik mak saya berhenti mempersoalkan perkara ini lagi dan beredar dari tempat kejadian.

Barangkali dia malas hendak bertanya kerana berpendapat agak sedikit sukar dalam zaman ini untuk ada seorang janda kaya yang akan datang meminang anaknya apatah lagi keperibadian anaknya memang jauh dari Rasulullah (s.a.w).

Namun begitulah lumrah kehidupan zaman sekarang ini yang mana semakin meningkat jumlah orang muda yang memilih untuk berkahwin lambat sedikit. Penulisan kali ini bukanlah mengenai kisah saya dalam mencari jodoh ataupun perbincangan mengenai janda yang mempunyai banyak harta, akan tetapi pandangan mengenai perkahwinan dari sudut seorang lelaki Melayu muda.

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/opinion/zaidel-baharudin/61284-zaidel-bila-nak-kahwin


7 comments:

TQ for reading & comment on my page =D

 

hahaha...en Zaidel, jgn ko lupe kenduri kawin En Anas pd hari sabtu ni.

 

bro, kahwin ni jgn main-main. i nasihatkan kalau boleh jauhkan dari kahwin janda kat KL ni. Too much baggage bro..I sendiri kahwin janda. Bodoh nye aku kahwin muda. married the 1st bitch who said yes to me. Wat would a 24yr old fool know? She brought all her expectations and burdens from her first marriage into mine. Oh the pain and idiocity of marrying another man's wife. To cut a long story short, i kicked her out of the house,reclaimed my life back then married a SINGLE woman with no problems of her own. Happy,contented and blessed i am to have a God fearing wife. My advice. Dari kahwin isteri yang berharta atau yang berupa tu, kahwin yang berugama dulu.

 

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0717&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm

Kahwin awal lambat sekarang ni soal kepentingan negara.

 

dulu ada la mak enon tu.. tapi dah takda dah dia.. so rugi le kau

 

GEMPAR!!!! Transkrip perbualan rahsia Anwar dan bomoh Benggali,  Pajan Singh di mahkamah

sila datang ke Melayu Bersatu untuk membaca transkrip penuh

 

the same thing my mother asked a few days ago. ngeh. i thought i was happy not having someone special around. now that my mum is worried, i think i should too, a bit, maybe.

lama tak dtg blog kamu. byk keje. keep it going!