Sinatra_Z - Penat Tahap Polis Angkasa Gaban

Dalam alam cakerawala terutama dalam kawasan bima sakti terdapat banyaknya bintang-bintang dan kemungkinan bintang-bintang itu adanya planet mengelilingi mereka.

Pabila adanya planet mengelilingi maka kemungkinan adanya kehidupan flora dan fauna di situ dan pastinya mereka hidup aman, damai dan sentosa.

Namun lumrah makhluk ciptaan ilahi pastinya ada di antara mereka yang berhasat dengki, berhati busuk mahupun memang mempunyai niat jahat. Seringkali watak-watak makhluk yang membuat onar ini akan menganggu gugat ketenteraman awam sekitar alam cakerawala bima sakti.

Mereka akan berpindah dari satu sistem ke sistem yang lain dengan niat untuk mengacau atau menakluki planet-planet berkenaan. Ada yang berniat untuk merosakkan semata-mata dan ada pula yang mahu menjadikan penduduk asal planet berkenaan sebagai hamba abdi.

Gerombolan atau makhluk penjenayah jahat ini dikenali sebagai Raksaksa,
Sebelum ini oleh kerana jumlahnya kecil maka bumi belum pernah menerima ancaman raksaksa, namun sejak ekonomi bima sakti mula merosot akibat dari masaalah hutang dan kredit datangnya dari beberapa sistem di gugusan bintang Europa maka ramai makhluk yang menganggur mula beralih arah kepada jenayah.

Apabila meningkatkatnya kegiatan haram ini pengaruh kejahatan dan kegelapan semakin meluas di pelusuk bima sakti, bumi yang sebelum ini aman, damai, sentosa dan boleh main layang-layang kini menghadapi ancaman raksaksa.

Mujurlah, dalam sektor gugusan bintang mentari telah ditugaskan seorang pegawai polis angkasa yang berkaliber bernama Gaban. Saban hari Gaban yang tinggal di bumi akan menukar kepada pakaian perisainya dalam masa kurang dari 0.5 saat untuk menjaga keamanan bumi.

Dengan bantuan Naga Gaban, motor terbang serta seorang setiausaha wanita, Gaban seringkali berjaya menghadapi cabaran-cabaran mendatang.

Namun walau Gaban merupakan seorang anggota polis angkasa yang berketrampilan dengan begitu baik sekali, sehebat-hebat gaban sekalipun, perjuangan menentang raksaksa bukanlah mudah dan kadang-kadang Gaban juga merasa penat.

Namun penat bagaimana sekalipun, acap mana Gaban merasakan sukar menghadapi cabaran-cabaran tertentu, namun semua tugasan dan halangan mesti diselesaikan dan diatasi kerana Gaban tahu kegagalan beliau berbuat demikian akan terus menerus menimpa nasib ke atas bumi.

Maka begitu jualah semangat yang perlu kita ada,
walaupun penat sebagaimanapun, mahupun sibuk, perlulah ada semangat menyelesaikan masaalah dan menghadapi cabaran, anggaplah segala tugasan yang kita hadapi sebagai suatu tugasan yang amat penting bagi planet bumi sebagaimana Gaban juga.

Sesungguhnya,
biarlah penat tapi puas.
Kalau nak penat, biarlah Penat Tahap Polis Angkasa Gaban

Menyelsaikan masaalah, menjaga keamanan dan berjuang demi kebaikan sejagat, di bumi, di sistem suria, bima sakti dan alam cakrawala.



Ayuh, walaupun penat, walaupun sukar janganlah putus asa, marilah kita berjuang ke titisan akhir.

Sesungguhnya penulis kini juga penat tahap Polis Angkasa Gaban....