Sinatra_Z - Dalam hati ada taman

Kalau anda bandingkan antara ucapan yang dibuat dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk tajuk dan isi yang sama, anda akan dapati Bahasa Inggeris hanya memerlukan separuh dari masa yang diperlukan berbanding dengan Bahasa Melayu.

Ini adalah kerana dalam ucapan Bahasa Melayu banyak masa akan dihabiskan pada perenggan pembukaan yang biasanya berbunyi seperti berikut:

“Assalamualaikum, Salam sejahtera, Salam Satu Malaysia, yang berusaha tuan pengerusi majlis, Encik Saapari Yakoop Deraman juga merangkap selaku tuan rumah kita pada hari ini. Yang Berhormat Dato Dr Tuan Haji Ahmad Supardi bin Dato Seri Tuan Haji Abu Hurairah, Adun bagi kawasan Gopeng Jaya, tak lupa juga yang berbahagia Tuan Haji Daud Deraman Misbun, Ketua Kampung Kepayang Hilir Simpang Pulai, Yang berbahagia Naib Ketua Kampung merangkap tok siak Masjid As Sobirin Kampung Kepayang Hilir, Cikgu Yeop Zambahari Kulop Udi, ahli-ahli Jawatankuasa kemajuan kampung, hadirin dan hadirat yang dirahmati sekelian. Syukur kepada Allah kerana dapat kita berkumpul pada hari ini untuk bersama-sama kita bersua dan memperbincangkan hal kemajuan kampung ini, namun sebelum saya meneruskan ucapan saya ini ingin saya memberikan serangkap pantun, Pulau Pandan Jauh ke…..”

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/11/24/dalam-hati-ada-taman/


0 comments: