Sinatra_Z - Akar juga perlu berubah

Keutuhan sebuah pokok, rimbunan hijau dedaunya dan keteguhan dahan rantingnya semuanya bergantung kepada akar. Jika kuat akarnya mencengkam bumi, jika kena akarnya tersemat di dalam tanah yang subur maka sihatlah, tinggi lagi rendanglah pohon akan bertumbuh.

Maka begitu juga boleh diperkatakan dengan Umno, sebuah parti yang ditubuhkan untuk menentang Malayan Union dan memperjuangkan nasib orang-orang Melayu, kunci kekuatan Umno dari dahulu bukanlah kerana kehebatan pemimpinya semata-mata, akan tetapi struktur sokongan akar umbinya yang bermula dengan sekecil-kecil ahli cawangan.

Maka atas dasar inilah barangkali, dalam ucaptama Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak telah menekankan tentang perjuangan melayu dan hak-hak istimewa pada perhimpunan agung Umno tahun ini.


http://www.themalaysianinsider.com/opinion/article/akar-juga-perlu-berubah/

0 comments: