Sinatra_Z - Nukilan Pagi Buta

Benih bertahun dahulu disemai,
dengan harapan hasil mendatang,
hampa duka semua digadai,
kerana gilakan takhta dijulang.

Pahlawan berani menabur jasa,
datuk laksmana kurniaan sultan,
pangkat gelaran apalah guna,
kalau kuasa tidak ditangan.

Berkokok kuat si ayam jantan,
gagah berani juara sabung,
cukup hebat tumbangkan lawan,
tapi sekadar jaguh kampung.

Pendekar Melayu silat diatur,
jurusnya cantik jiwanya kental,
apalah guna jaguh bertempur,
kalau akhlaknya cetek otaknya dangkal.

Resahkan Perempuan,
ku bersyair pujangga,
resahkan bangsa,
kelu seribu bahasa.

2 comments:

hati ini selalu rindu
pada tenang angin lalu
hati ini terubat rindu
bila mengadu pada yg Satu.

 

lati topik skit bro

Anwar says Ling Liong Sik is not a big enough fish for MACC: Who does Anwar want MACC to go after? read all about it HERE