Sinatra_Z - Zaidel Bila Nak Kahwin

26 APRIL — Alkisah pada suatu hari mak saya ada bertanyakan pada saya, “Zaidel bila nak kahwin?”

Barangkali kerana abang saya sudah mula menyatakan hasrat dia untuk berumahtangga membuatkan soalan cepumas ini ditanyakan kepada saya.

Maka dengan hati yang tenang saya menjawab, “Macamana nak kahwin, takde orang masuk meminang?” Mak saya dengan tangkas memancung pernyataan saya dengan berkata, “Apa ni orang lelaki pulak kena minang!”

“Eeehh... Barulah ikut Sunah Nabi, Siti Khatijah minang Nabi Muhammad (s.a.w) apa.” Maka setelah mendengar jawapan yang sebegitu bernas lagi Islamik mak saya berhenti mempersoalkan perkara ini lagi dan beredar dari tempat kejadian.

Barangkali dia malas hendak bertanya kerana berpendapat agak sedikit sukar dalam zaman ini untuk ada seorang janda kaya yang akan datang meminang anaknya apatah lagi keperibadian anaknya memang jauh dari Rasulullah (s.a.w).

Namun begitulah lumrah kehidupan zaman sekarang ini yang mana semakin meningkat jumlah orang muda yang memilih untuk berkahwin lambat sedikit. Penulisan kali ini bukanlah mengenai kisah saya dalam mencari jodoh ataupun perbincangan mengenai janda yang mempunyai banyak harta, akan tetapi pandangan mengenai perkahwinan dari sudut seorang lelaki Melayu muda.

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/opinion/zaidel-baharudin/61284-zaidel-bila-nak-kahwin