Sinatra_Z - Telefon Awam (Random Notes on Nostalgic Events series)

Kalau sekarang bercinta kebanyakanya dah tak main surat-surat,
dah tak bagi dah kad raya,
apatah lagi kasi kaset himpunan rekod lagu-lagu kegemaran cinta 90 minit rakam dari radio.

Sekarang semua dah main text.
SMS, YM, MSN dan sebagainya.
Tapi sebab sekarang bil telefon pun dah murah jadi semua main pakai Handphone je.

Dah takde dah zaman-zaman orang kumpul duit syiling nak pergi mencari telefon awam.
Kita dah takde dengar dah ayat-ayat macam "Eh awak, kita dah nak habis syiling dah ni..."

Teringat dulu,
ada Uniphone, telekom biru tu dengan ada satu warna hijau cap apa ntah.
Lepas tu mesti ada mat cinta duduk atas moto sambil pegang ganggang telefon maka timbullah perkataan "bergayut".

Zaman ni jejaka semua mengumpul duit syiling sebab bil telefon rumah dah naik sampai ke langit, ribu-ribu pun ada almaklumlah bila dah bercinta sejam macam seminit. Bila telefon mak kat kampung boleh pulak takat 5 minit je tu pun nak mintak duit.

Kemudian keluarlah kad telefon magnetik satu kad 10 ringgit bolehlah gayut lama sikit.

Itu belum yang habis beringgit-ringgit sebab nak lepas telefon stesen radio untuk buat permintaan lagu.

Tapi budaya ni masih hidup lagi, cuba dengar sinar FM jam 11 malam dengan abang Jamal Jamaluddin kuasa cinta Ganda 23.

Jadi teringatlah aku ada beberapa tahun lepas,
aku baru pakai handphone Ericsson (masa tu belum sony) A330 bateri dah habis nak kenalah telefon kawan tanya minum mana. Maka aku pun pergilah dekat telefon awam macam biasalah ada makhluk tengah bergayut....

Aku pun tunggulah sambil dengar... Perbualan sebelah pihak sahaja...

"Awak buat apa tu?"

"ELeeh loyar buruk dia ye lah awak tengah cakap dengan kita..."

"Awak rindu tak dengan kita? Kita rindu tau..."

"dah makan ke?"

"Ohh dah makan ye makan apa?"

"Nasik? Iyelah nasik tapi lauknya apa?''

"Ohh sayur, sayur apa?"

"Takkan itu je kot? Takde lagi ke?"

"ooh Ikan.... Awak masak ke?"

"Haa mak awak masak apa ni.... Awak tak pandai masak ke?"

"Awak pandai masak ape?"

Jadi aku pun mulalah panas, ini baru cerita ikan ni. Kena pulak si minah tu makan ikan, ayam, telur dengan ulam-ulaman mau dekat sejam lagi ni. Belum masuk lagi bab ikan tu masak apa, kari ke? tiga rasa ke? tauchu ke? Karang sampai rempah ratus pun dia tanya.

Jadi aku yang nak cepat ni pun buatlah bunyi batuk kahak gatal...

"Ehmmm..."

"Ohh nak pakai eh? Kejap eh?" Dia pandang aku.

"Awak, ada orang nak pakai la telefon ni, nanti kita telefon balik.."

"Iye janji tak tipu."

"Buat apa la kita nak tipu awak...."

"10 Minit je... Iye... Janji... ok byee... awak letaklah dulu, awak letaklah, apa pulak kita letak, awaklah.... heheheheh"

Ah siot betullah!
Aku rasa macam nak lempang je Minah kat sebelah sana tu, letak je lah telefon tu nanti dia telefon la balik!!!!!!

Tapi ye lah kan,
dah tak nampak dah buku kecik nombor-nombor telefon yang orang simpan dalam "wallet".
Sekarang orang dah tak hafal dah nombor telefon rumah.

Maklumlah masa tu takde handphone, kalau ada pun mahal macam Mobifon 800 dengan ATUR.
Jadi semua kena telefon rumah....
Itu yang saspen sikit tu, hendak pulak kalau bapak dia yang jawab

"Hello..." Suara Garau Pakcik

"Errr..eeeerr ... Hello.."

"Iye nak cakap dengan siapa?"

"Boleh saya cakap dengan Zatie"

"Siapa ni?"

"Saya ni kawan sekolah dia, sama kelas."

"kenapa telefon malam-malam ni?"

"Ehh takde nak tanya pasal kerja sekolah?"

"Kerja sekolah? Kerja apa?"

"Takdelah yang cikkguu kasii ppppagi tadi.."

"Cikgu mana?"

Click... toot.. toot.... toot


Cuak siot. Sekali bapak dia daa....

Rindu sial zaman-zaman kumpul duit syiling bergayut dekat telefon awam tahan kena gigit nyamuk. Ada tu siap bawak kuaci.

Romantis orang-orang 90an, macam tu le... Nostalgia....

Dah lama dah aku tak pakai pondok telefon awam.

Ada lagi ke?

4 comments:

ni tak cite,pasal bab curi line lagi ni. kad magnetic, pakai dawai, pakai ring tone.hehe..mmg kretif.

 

ah... rindu aku time tu. tapi aku tak sempat pakai untuk gayut ngan awek. aku hanya sempat rasa hangin bile kes urgent nak kena call orang lain, ada mat moto (zaman tu belum jadi mat rempit lagi) gayut ngan awek dengan kengkawan dia lepak keliling. haha.

 

salam bro..just got the link 2 yr blog frm TMI..n I was laughing hard reading this one entry...n also the article in TMI "So okay I'm racist", especially that part when u say u only racist to men, not women..haha..n this entry, really funny..teringat zaman sekolah.. LOL..

_Layla_