Sinatra_Z - Mengingati kembali

Dah lama aku tak menulis,
nah cubaan karya terbaru.

Mengingat Kembali

Rahman memperhatikan cermin meja di dalam biliknya,
rambutnya yang semakin menipis dan mukanya yang kelihatan lesu.
Walaupun sudah hampur 20 tahun yang pasti badanya masih belum dapat biasa lagi dengan bermandikan air sejuk di pagi hari.

Rahman memandang ke dalam cermin terlihat Rahmah tidur di atas katil, diikuti dengusan dan dengkuran yang perlahan. Dipandangnya wajah isterinya yang sedang tidur itu, hatinya hendak mengomel sedikit namun akalnya menjawab

"kau pun berdengkur jugak."

"Routine" perkataan Inggeris yang bererti sesuatu yang berulang-ulang. Selama hampir 20 tahunlah perkataan "routine" ini merupakan paksi kepada kehidupan Rahman. Bangun pada pukul 6 pagi, keluar rumah 6.20 pagi, kalau lewat sedikit pasti akan lewat ke pejabat. Perjalanan melalui lebuhraya persekutuan dan jalan-jalan yang sama. Tiba ke pejabat dalam lingkungan 6.50 pagi, tidur sebentar untuk sejam dan masuk kerja jam 7.58 pagi.

Minum kopi, meluluskan belanja, makan pagi, semak kertas kerja, tandatangan surat, mesyuarat-mesyuarat, kesesakan pulang ke rumah, mengelak motor mencelah-celah, yang pasti bila tiba penghujung bulan, bayar bil bayar hutang, beli belah di Pasaraya Tesco. Dengan isteri dan anak-anak, beli beras, barang dapur, sabun basuh baju, shampoo....

20 tahun, masa berlalu, dan untuk sebentar di hadapan cermin itu Rahman terhenti terkaku.

20 Tahun, macam tu hidup aku.

Dipandang wajah isterinya, cuba diingat kembali namun pagi itu seolah-oleh hilang di ingatan Rahman wajah isterinya ketika mereka mula berjumpa. Seolah tidak boleh percaya yang suatu masa dahulu isterinya itu seorang gadis universiti. Tidak boleh diingat pada pagi itu, bagaiamana isterinya suatu ketika dulu, seolah-olah sejak dari azali isterinya itu telah menjadi seorang makcik, yang pergi pasar tani pagi sabtu, beli emas untuk hari raya, memesan kuih dan langsir sebelum puasa.

"Sejak bila aku bercinta dengan dia?"

Rahman melempang dirinya sebentar, mungkin malam tadi silap tidur urat lari, itu yang pagi ini otak tepu sedikit. Tapi yang pastinya isterinya sudah jauh berubah dari anak dara pingitan menjadi makcik cikgu sekolah.

"ah sudahlah, aku pun bukan kacak mana pun." Rahman mengingati dirinya apabila dia memandang ke dalam cermin.

Seperti biasa semana-mana 20 tahun sudah berlalu, keluar rumah tepat pada waktu, tunggu lampu isyarat, lalu lebuhraya sama tidur sebentar di luar pejabat masuk 7.58 tepat. Barangkali inilah dia kehidupan seorang tukang kira-kira (akauntan lah tu) semuanya boleh diberi angka. Integer, nombor nyata dan tiada nombor khayalan punca kuasa dua negatif satu.

Telefon pejabatnya berbunyi, boleh diagak waktu begini pasti ada yang bertanyakan adakah cek untuk pembelian barangan telah diluluskan oleh pihak keuwangan. Rahman selaku ketua kira-kira mengangkat dan bersedia dengan jawapan biasa akan tetapi hari ini, tidak seperti hari-hari sebelumnya, "routine", kebiasaan, pengulangan bukanlah perkataan-perkataan yang akan menjadi paksi tiang kehidupan Encik Rahman hari ini. Hari ini sesuatu yang baru akan berlaku...

"Encik Rahman ehmm.. Encik Rahman dah lupa ke dengan apa yang kita cakap di mesyuarat hari isnin tempoh hari? Ada dapat memo saya tak?"

"Memo? Ni siapa ni?"

"Sayalah, Mat Lazim dari HR, kan Datuk Mazlan ada cakap haritu yang Encik Rahman akan bantu dalam projek kasturi tu. Haa ini dia staf baru kita ni dah sampai pagi ni."

"Ahh.... Oooh ye, maaflah pagi ni saya tak betul sikit, silap tidur kot. Takpelah nanti saya datang ke sana jumpa dengan dia. Ini yang akan jadi Consultant kita tu kan?"

"Ah ye lah tu, ok saya tunggu Encik Rahman sampai."

Rahman menuruni tangga belakang sambil menegur selamat pagi kepada dua lagi rakan pejabat yang sedang menghisap rokok. Pejabat keuwangan di tingkat empat, terasing sedikit almaklumlah nak jaga duit. Berbeza dengan pejabatnya di sini adalah lebih sedikit meriah dengan perbualan gossip-gossip dan jenaka ringan di pagi hari.

"ah sampai pun, ok ini dia saya kenalkan dengan orang yang akan awak kerja dengan. Ini dia Encik Rahman Daud, dia ini lah ceti kirotang, memang cukup cekap dalam bab-bab mencari duit."

"apa khabar Encik Rahman, saya Iliyana Iskandar awak boleh panggil saya Yana." Berkata "consultant" itu sambil menghulurkan tangan.

Rahman yang kemudian berjabat tangan seolah-olah menerima ganguan elektromagnetik apabila tangannya bersentuh dengan kulit yang lembut, matanya seolah-olah terkena pancuran elektron berlebihan terkaku melihat wajah ceria, rambut sedikit berwarna yang panjang takat bahu berombak sedikit. Bajunya yang padan cantik kena dengan gayanya, tak terlalu mengada dan tak terlalu bosan, kena dengan gaya, professional. Dengan dandanan yang sepadan, tidak berlebihan macam cat rumah atau lukisan Rahman terdiam dengan tangannya kaku sebentar...

"Eh pandai betul dia ni padankan diri dia." Bercakap seorang diri di dalam hati.

"Err Encik Rahman..."

"Oooh maaf saya pagi ni memang tak betul sikit, urat lari kot." Baru Si Rahman sedar yang dia tidak melepaskan jabatan tangan itu.

"hahahaha urat lari ke terkejut di pagi hari" Mat Lazim melawak.

Rahman yang terkaku dan agak malu dengan kelakuan yang tidak disengajakan tadi cuba untuk mengubah keadaan... Ehmmm....

"Ok Mat, saya ni nak kena selesaikan sikit isu cek-cek pembelian ni boleh tak awak bawak Iliyana kenalkan dia dekat yang lain, nanti dalam pukul 10 kita jumpa dekat "finance" dan bincang mengenai projek kasturi ok."

Dan kemudian Rahman bergegas tanpa pandang ke belakang.

Senyap sebentar di kerusi hitamnya sambil mengadap kerja-kerja cek yang sebenarnya tidak wujud (alasan semata-mata) Rahman termenung sebentar...

"Apahal tadi tu? Macamlah tak pernah tengok perempuan. Aiii apa kena lah dengan aku pagi ni, semua tak kena isk, ok ok fokus."

Baru sahaja hendak menaip ke dalam lejar komputernya Rahman tersenyum sedikit...

"Macam nampak matahari terbit pun ada.... Atau pelangi lepas hujan."

hmm......

Ye, nampaknya,
hari ini memang sedikit lain.

Mungkin urat lari kot, mungkin salah tidur, tapi yang pasti perubahan ini membawa sedikit senyuman kepada Rahman.




Bersambung.........

3 comments:

Adoi mcm mana pulak yana blh buat rahman lain mcm pulak tu?takkan dia tak tau yg rahman tu suami org melainkan rahman tak bgtau dgn yana?
aiseh...drama btl le..

 

Senyum je,
bukan buat apa-apa pun

 

rahman...

RAHMAN!!!!

jaga weh. nafsu pandai menyamar. ingat makcik cikgu kat rumah tu!

hehe. nice one.