Sinatra_Z - Catatan Seekor Kucing (Sambungan)

Diari Kak N (Diari buku warna biru beli kat Giant Hypermarket)

16 Jun - Tadi Boss suruh beli kopi cap kapal layar ah menyampah N, kopi tu tak best sebab dia ada tongkat ali, mana sesuai untuk "Girl" minum. Hari ni memang tak best, pagi-pagi orang sebelah boleh pulak bergaduh dekat handphone dengan awek dia yang ke berapa entah pelik pulak nampak budak lelaki pakai seluar pendek rambut kusut masai mata merah pagi pagi dan jerit "Ehh.. Ehh Dengar sini, awak dengar sini, ye Saya Cintakan Awak BABY!" Nasib baik Bobo (tengku ritaudeen roberstson III) ada sejuk sikit hati, hari ni dia manja banyak meow!

18 Jun - Pagi tadi ingat nak buat dokumen office budget tapi tak jadi sebab boss tak datang hari ni, dia MC, jadi N pun terpaksalah call Kak M dan bergossip pasal kononya Ramli ada affair dengan Cik Firra tapi diorang dah clash, tak sangka pulak mula-mula nampak diorang tu macam very der solid tak sangka pulak. Mungkin takde jodoh kot, tapi kak M saspek Ramli tu sebenarnya GAY..... Alahai tak sangka pulak aku...

23 Jun - Hari ni pagi-pagi bobo dah tunggu depan office N, dia nampak macam lapar sangat tak tahulah kenapa. Kesian bobo, ye lah semalam kan N cuti takdelah dia makan, ahh kucing dengan Jejanz sama je bila dia nak sesuatu dia datang lah bila dah puas dah dapat makan hah hilang. Menyampah!

27 Jun - Ehhh berita panas, sangat panas macam karipap ayam yang jual dekat corner jalan masuk depan bank muamalat tu. Norman Hakim dah kena tangkap basah, eeh memang dasar jantan miang, mentang-mentang hensem dan misai lebat sampai hati dia buat kat Abby macam tu. Kalau N jadi mak dia N mesti dah cubit-cubit sepak-sepak Norman tu tau. Dahlah dia ada anak, kalau anak kucing takpe jugak ni anak dah 3 ok tolong sikit!

1 Julai - Tadi lepas N habis breakfast lebih kurang dekat pukul 11.15 am ada nampak orang berkumpul... kenapa agaknya tu? Oh hari ni lupa nak kasi the Cats makan.......


Nukilan Gadis Jaket (hatikubukankristal.blogspot.com)

12 Jun - Langit yang menggapai biru dicelahi kepulan awan putih bagaikan gula-gula kapas yang sangat aku ingin makan sewaktu kecil. Gula-gula kapas mengingatkan aku tentang FunFair, pesta ria muda-mudi dan pasar malam. Ah sangat teringin aku menggapai langit biru dan memakan kepulan awam, mengunyah dalam mulutku ini...... Alangkah indahnya hidup sekiranya boleh buat begitu.

17 Jun - Angin panas dan kucing di hapadan pejabat. Kucing putih celorang kelabu ini berguling-guling di atas lantai yang sejuk. Perut tertiarap mencari ketenangan. Menggeliat. Ahh aku sangat teringin jadi kucing. Tak perlu dibebankan dengan perasaan berat. Hanya fikir tentang makan dan guling-guling. Bila penat menggeliat.

21 Jun - Tangisan dalam pancuran air mandi keluar tidak dirancang mahupun diduga. Hatiku terdetik memanggil dia, teringat bagaimana tanganya pernah membelai pipiku serta rambutku. Hati ini terguris, macam gadis emo hendak saja aku menoreh tanganku. Namun aku penakut, aku tak suka darah aku tak berani sakit. Biarlah hatiku menganggu segala sengsara perasaan, memang aku cuba untuk melupakan dirimu tapi apakan daya kau sekali sekala menghantui diriku di tempat tidak terduga di masa tidak tersangka.


25 Jun - Lelaki, walaupun cepat membesar tapi lambat matang, otak macam kanak-kanak riang Tora dan Din-Dang terpengaruh dengan pujukan Mat Sentul membeli coklat tak sedap semata-mata untuk mainan bodoh. Melepak di kaki lima menghisap rokok konon cool macam James Dean, James Bond tak pun paling kurang Jamal Abdillah. Mata konon melilau buat-buat macam pandang tak pandang. Biasalah manusia suka melihat dan memerhati membuat kesimpulan serta pendapat yang aku tak ingin tahu dalam otak lelaki. Berlendir Kuning! Macam telur setengah masak! Tapi aku terlihat yang seorang main dengan kucing itu, walaupun badanya besar tapi mukanya comel seolah lelaki beriman, macam tak peduli, macam budak kecil baru dapat arnab. Malang sekali, aku dengar dia orang kuat Barisan Nasional. Aku benci politikus! Aku berjiwa seni, berhati kuntum dan berperasaan halus.

29 Jun - Aku suka teh bunga, angin malam, kucing depan pejabat dan mandi selepas berpeluh. Aku benci kerja bodoh, asap rokok, traffic jam dan karipap ayam yang tiada inti ayam.

1 Julai - Ahh...... Mengapa duka sering sekali menyelubungi hatiku, pergi dengan tiba-tiba, seperti banyak kisah pertembungan alam dan manusia sering sekali kita (makhluk manusia) merosakkan sekitar. Janglanlah kau pergi, lawanlah, aku ingin melihat kau berguling-guling, berbaring dan menjilat bulumu buat hari-hari berikutnya. Tolonglah, jangan pergi......


Catatan Seekor Kucing - Tengku Ritaudeen Roberton III

14 Jun - Ah hari ni aku jumpa kawasan simen baru yang sejuk, tempat yang sesuai untuk aku menyejukkan perut selepas makan. Ahhh......... He he he.... eh silap ..... meow

17 Jun - Farid kucing kekampungan yang duduk dekat bangunan seberang datang menziarah aku. Kami berbincang tentang masaalah politik sekitar kawan hulu kelang, kononnya dia banyak dengar kisah-kisah tentang kawasan ayah aku. Nampaknya perebutan kuasa kuat antara Megat Iskandar Zulkarnain kucing Parsi dari lorong belakang Haji Tapah dengan Tan Sri Bernard Dompok kucing jingga celorang hitam yang merupakan ketua cawangan kedai makan Deens dekat pos ofis lama. Mereka tengah berebut Jawan Ketua Bahagian Hulu Kelang barat, ayah aku tak nak masuk campur katanya. Farid dengar cerita ni sebab kawan baik dia punya kakak selalu melepak dengan sedara belah mak jiran dia iaitu orang kanan Bernard Dompok. Farid ada terdengar yang kakak kawan baik dia ada cerita kat kawan baik dia yang kakak dia terdengar jiran sebelah punya sedara belah mak yang orang kanan Bernard Dompok tengah risau pasal haritu adik angkat Megat Iskandar Zulkarnain sudah buat hal nak tunjuk kuasa dekat anak lelaki bini nombor 2 Bernard Dompok masa diorang terserempak dekat longkang sebelah MRR2 dekat Flyover simpang nak masuk kat Giant Hypermarket tu. Jadi sekarang sudah bikin panas la kawan... haii... nasib baiklah aku dah keluar dari dunia tu.

21 Jun - Kak N hari ni kasi aku makan perisa lain. Ada rasa macam kambing pun ada, Eh nanti kucing tahu ke rasa kambing? Ah lantaklah janji makanan, jadi aku pun meow lah.

25 Jun - Tadi aku rasa macam nak ubah selera jadi aku pun pergi melepak kat gerai nasi lemak (Eh kucing pun tahu nasik lemak ke?) dekat belakang sana. Aku nampak ada manusia perempuan ni tengah makan jadi aku pun meow kat dia nak mintak sikit. Ada ke dia bagi aku timun, dia kata timun ni bagus untuk kesihatan. Kalau bagus ko la makan, cis dah besar pun tak nak makan sayur! Lepas tu kan dia kasi aku telur, kalau telur kuning pun takpe jugak ni dia kasi telur putih, aku pun bengang lepas tu aku blah dari situ.

29 Julai - Hari ni aku makan, guling-guling, mengeliat, meow dekat kak N, guling-guling, baring-baring, borak ngan Farid, lepas tu meow kat kak orang-orang makan asap tepi longkang, diorang kasi aku biskut manis. Ahh hari yang sungguh produktif dan memenatkan.

1 Julai - Eh ada benda pelik kat tengah tu, apa tu? hmm..... aku pun bau..... apa ni? Macam coklat pun ada.... CHet! Taik si Farid rupanya! Apa ke bangan punya kucing pergi berak dekat tengah jalan.... bodoh.... Eh... alamak.... Apabal benda ni makin laju datang kat aku.. mana aku nak lompat ni kiri ke kanan ............... adoi............ Apahal gelap ni, apa aku langgar...... ehh....


Perbualan Jurutera-Jurutera Sepi (Dialog orang-orang makan asap)

17 Jun -

Zacute : Smokers United!! Jom!!

Carbonara : Pinjam Lighter..

Zacute : Hamilton menang siot..

Carbonara: Ko biar betul,

Zacute : Betul oo Ferarri dan melompat dah seiap celebrate sekali dia potong dari belakang masuk tempat kelima terus tak jadi melompat.. hahahahahaha..... Memang pawn ass!

19 Jun -

Jibone : Ok aku ada satu teka teki

Lipas : Ahh kasi!

Jibone : Dalam banyak-banyak ikan, ikan apa ada escalator?

Carbonara & Lipas : Ikan Yu - Salah, Ikan buntal - Salah, Lori Ikan - Salah, pasar ikan - salah, kilang memproses snek perisa ikan - salah!

Carbonara - Habis tu?

Jibone - Ikano Power Centre.

Lipas tunjuk jari tengah dan masuk balik dalam pejabat.

24 Jun -

Lipas : Ko rasa sapa yang paling lawa la atau Hot kat syarikat kita ni?

Carbonara : Entahlah aku susah nak klasifikasikan Hot itu. Aku rasa takde, ko rasa siapa hot?

Lipas : Nak kata hot atau cantik tu takdelah tapi kalau cute ada sorang kat ofis kita ni.

Carbonara: Siapa?

Lipas : Aku!

Carbonara tunjuk jari tengah dan masuk ofis.

25 Jun -

Zacute : Eh dia pakai jaket warna merah la hari ni.

Carbonara : Tu bukan seluar semalam ke?

Zacute : Recycle maa, tak payah basuh banyak kali. Lagi ok dari ko pakai baju kelmarin konon aku tak sedar la..

Carbonara : Siot la ko!

Zacute : Peh tak sangka aku ada engineer yang hot macam ni.

Carbonara : Mana ko nak pilih antara dia ke atau Abby Abadi.

Zacute: Kahwin ke?

Carbonara : Tak lah, kita nak affair je la..

Zacute : Aku pilih Abby sebab Abby adalah seorang Hot Momma!! Ahhhh...... Barulah scandal.

Lipas : Meow, Meow... MEOW!!!!!!!!!!


1 Julai -

Carbonara : Ko rasa dia masih hidup lagi ke ni?

Lipas : Entah macam nampak dia bernafas lagi ni, apa kata ko bagi dia CPR..

Carbonara : CPR nak pakai tongue ke atau just Lips?

Lipas : damn!

Zacute : Eh dia ni hidup lagi ni.. Nampak perut dia gerak tengah nafas tu...

Jibone : Peh mercedes tu langar dia, kalau kancil tu boleh tahan lagi.

Lipas: Nak kena telefon polis ke?

Zacute : Telefon Ambulans laa....



Bersambung............................

3 comments:

Adoi...janganla mati~~kang abes lak cte ni
btw, sambungan yg menarik dan kreatif (^^)

 

Not Tengku Ritaudeen Roberton III !!!! Please don't die.. Waaaaaa... :((

 

isk isk isk. zaidel ko ni mmg takde keje ke kat ofis? dok membuta blog je.