Sinatra_Z - Hindraf

Izinkan saya menggunakan Bahasa Malaysia untuk menulis, usahlah anda membuat kesimpulan dangkal yang kononya saya menggunakan Bahasa Kebangsaan untuk menunjukan Ketuanan Melayu. Ini adalah isu kebangsaan, sekiranya anda menggelarkan diri anda rakyat Malaysia atau Bangsa Malaysia sepatutnya ianya tidak menjadi isu. 

Beberapa bulan lepas ada saya terbaca sepotong ayat salah satu komen dalam blog rockybru yang mengatakan 

"Racist masking as liberals" 

Dan baru-baru ini apabila saya terbaca mengenai tindakan Hindraf di Hari Raya Aidilfitri yang pertama kata-kata di atas adalah antara ayat pertama muncul dalam akal fikiran saya. Pada mulanya seperti ramai rakyat Malaysia ketika itu saya juga terdetik untuk sama-sama bersimpati dengan kemarahan Hindraf atas isu kuil di Selangor. Namun apabila saya membaca memorandum Hindraf dan mengamati tindakan kumpulan berkenaan hari demi hari perasaan saya bertukar daripada simpati kepada menyampah. 

Sekiranya anda ingin tahu apakah memorandum yang ditulis Hindraf sebelum pilihanraya lepas silalah jenguk di sini...

Sesih juga rasanya apabila saya sampai kepada kesimpulan bahawa Hindraf ini adalah sekumpulan orang yang telah ditipu dengan agenda politik sempit dan perkauman individu tertentu. Sekumpulan orang yang mengambil tindakan atas dasar emosi semata-mata. Bodoh dan buta dan mengikut perasaan panas baran tidak menentu. Jarang sekali saya menggunakan bahasa yang cukup keras. 

Hindraf yang kononya tidak bersifat perkauman, cintakan keamanan, gerakan bunga mawar dan pelbagai lagi... 

Tindakan melibatkan kanak-kanak dalam kancah agenda politik sempit. Menuduh berlakunya penghapusan Etnik India di Malaysia oleh kerajaan ekstrim Islam Melayu dan pada masa yang sama boleh mengatakan tidak membenci kaum lain adalah kenyataan putar belit yang seolah-olah cuba memperbodohkan rakyat Malaysia. 

Tolonglah, hentikanlah adengan Filem Dramatik Tamil ini.

Kalau betullah adanya penghapusan etnik maka Malaysia merupakan penghapus etnik yang paling teruk di dunia. Kerana kalau difikirkan logik bagaimana Hindraf boleh wujud jika berlakunya penghapusan etnik.... 

Sedarkah anda bahawa sebelum 5 orang ketua Hindraf ditahan bawah ISA, Hindraf tidak pernah meminta ISA dimansuhkan. Tidakah anda perasan bahawa permintaan Hindraf yang utama adalah pembebasan 5 ketua mereka. Mereka sebenarnya tidak peduli tentang tahanan ISA yang lain sebelum ini. Tidak seperti PAS atau DAP yang sejak dahulu menentang ISA Hindraf hanyalah sibuk tentang ISA apabila 5 ketua mereka ditahan di bawah akta berkenaan. 

Sedarkah anda bahawa dalam ISU merobohkan Kuil kerajaan Selangor sebelum itu telahpun bersetuju untuk memberikan tapak baru untuk Kuil berkenaan serta dana untuk membina semula kuil berkenaan. Sedarkah anda bahawa Kuil itu asalnya dibina di atas tanah milik persendirian. Sedarkan anda selain kuil sebuah surau juga dirobohkan pada tapak berkenaan. 

Sedar atau tidak tunjuk perasaan yang melibatkan kononya 10 ribu orang India (ye Hindraf tidak menjemput bangsa lain) adalah berdasarkan emosi semata-mata. 

Ini bukanlah kes membenci kuil atau ingin memusnahkan kaum India, sesungguhnya anda tidak boleh sesuka hati membina kuil, surau, masjid, gereja ataupun patung Buddha sesuka hati di atas tanah orang lain dan kemudianya membuat kenyataan yang kini tanah berkenaan adalah milik anda. 

Saya cukup suka kenyataan Hindraf yang mana mereka memarahi Utusan Malaysia kerana menyiarkan berita negatif tentang Hindraf. Kononya mereka mengatakan kami ke sana untuk bermaaf-maafan. Saya lebih geli hati lagi apabila mereka menggunakan anak kecil untuk menyalurkan saluran politik dan dengan bodoh sombongnya menyatakan 

"Kami (hindraf) telah memaafkan segala dosa UMNO terhadap orang India." 

Baguslah kalau begitu saya terima dengan hati terbuka. Namun ingin juga saya menyatakan pernyataan ini...

"Kami pula belum memaafkan lagi segala dosa yang Hindraf lakukan terhadap orang Melayu." 

Maka atas dasar di atas kesemua ketua Hindraf tidak akan dilepaskan dari ISA buat masa kini. Saya lebih menyokong untuk kerajaan membebaskan tahanan ISA yang telah meringkuk dalam kem lebih dari 5 tahun tanpa perbicaraan. 

Sesungguhnya Hindraf.......
Kebenaranya adalah anda hanya ingin menyalahkan orang lain atas masaalah yang anda hadapi pada masa kini. Memang senang dan mudah untuk menyalahkan UMNO atas kesusahan yang anda hadapi. Namun ingin saya ingatkan bahawa bukan UMNO atau Melayu mahupun Islam di Malaysia yang memperkenalkan kasta, bersifat prejudis terhadap golongan pekerja estet, menghalang anak mereka dari berkahwin dari orang yang kulitnya lebih gelap kerana menganggap ianya kelas bawahan walaupun sama agama mahupun mengajak pemuda India minum atau melibatkan diri dalam kongsi gelap. 

Memang benar Pemerintah perlu bertanggungjawab terhadap kegagalan mereka menangani masaalah sedemikian, namun kesalahan bukanlah milik mereka semata-mata. 

Sesungguhnya orang Melayu lebih sibuk dalam merosakkan bangsa mereka dan mengkafirkan sesama sendiri. Setiap bangsa dan agama mempunyai masaalah mereka tersendiri tak kita Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Murut, Orang Laut dan lain lain. 

Jadi sebelum Hindraf mengadakan sesi cerekarama jalanan dengan merosakkan hari perayaan orang lain ingatlah..

"Cermin-cerminlah diri anda dahulu......." 

Sesungguhnya realiti bukanlah sama seperti wayang,
hentikanlah Adengan Drama Tamil berlebihan. 

Sivaji hanyalah hebat dalam panggung wayang, tidak lebih dari itu. 

5 comments:

Hi Sinatra. Some of your blogpost really inspired me, so, I'd like to award you with Butterfly Award for coolest blog i've ever known. i'd be honoured if you accept it. Please visit my blog to pick it up. :-D

But it's okay if you don't want it.

 

i'd rather have cash but what the heck

 

sesungguhnya saudara zaidel memang layak bergelar pemuda UMNO.dan pastinya ramesh dan anand shawn tidak ambil peduli tentang isu hindraf ini sebab depa sokong samyvellu...

 

omg dapat butterfly award.cool siot.sembah sembah.