Sinatra_Z - Berjalan di dalam lopak

Apabila hujan lebat turun,
biasanya padang di belakang rumah saya akan tersebar takungan,
lopak besar tanpa lecak ataupun lumpur,
dengan dasarnya rumput yang hijau,
ditenggelami air hujan yang jernih..

Saya memakai selipar Asadi,
berwarna jingga menyala,
menjuju ke kawasan berkenaan,
lantas dengan berkaki ayam,
akan saya berjalan dengan perlahan,
gemalai... agar tidak air memercik membasahi seluar yang dilipat,
seolah-olah saya sedang gelongsor di dalam air.

Dan kesejukan yang mencengkam tulang-tulang kaki,
mengingatkan saya tentang dua perkara,
tentang apakah ertinya kehidupan,
dan bukti bahawa hujan itu rahmat.

Yang pastinya perasaan kaki menyusur di dalam air hujan yang sejuk,
sememangnya salah satu keajaiban kecil yang tidak ramai sedari,

Cubalah....
Mana tahu apa yang anda jumpa nanti,
di celah-celah kesejukan air hujan yang jernih berlatarkan rumput yang hijau.

0 comments: