Sinatra_Z - Kisah-Kisah Puasa

Kini tibalah bulan ramadhan, bulan paling mulia dalam kalendar Islam. Bulan ketika umat islam berpuasa sebagai tanda ibadah kepada yang maha Esa. Di sini ingin saya berkongsi beberapa kisah mengenainya sepanjang pengalaman saya berpuasa sejak berumur 9 tahun.


Kisah Puasa 1 -

Ada sekali tu saya ada baca dekat Majalah Ujang Bumper raya, masa tu semua orang memang tertunggu-tunggu Ujang bumper raya ketika zaman kegemilangan komik-komik seperti aku hidup dalam blues, lawak keluarga, selangkah ke alam misteri, ali dan davidson, murahguru tandoori payat dan bersama selamanya. Dalam majalah Ujang Bumper raya edisi ke berapa entah ada sorang kartunis ni (aku dah tak ingat) berkongsi penngalaman beliau berpuasa..

"Aku ni takdelah banyak kisah menarik bila puasa masa kecik-kecik ni tak macam kartunis lain. Kira pengalaman aku ni agak biasa lah. Cuma ada sekali tu masa puasa, aku masa tu tengah balik dari mengaji kena lalu ada satu jalan tepi lombong, kaki aku tergelincir lalu aku jatuh dalam lombong dalam lombong tu aku pun terminumlah sebotol air oren."

hmm.......


Kisah Puasa 2 -

Masa sekolah dulu aku selalu kata kat mak aku aku nak pergi sembahyang tarawikh tapi sebenarnya lepas Isyak aku pergi merayap. Aku rasa seronok sebab bulan puasa merupakan bulan yang aku ada sebab nak keluar malam-malam. Mak aku pun kasilah aku keluar pergi surau ye lah kan buat benda baik, kononya lah tapi pada suatu hari kawan aku Joe Lee telefon rumah aku lalu mak aku jawab

"hello makcik Zaidel ada?"

"Zaidel takde dia pergi surau sembahyang terawikh."

"Oh ye ke, ok takpelah nanti saya call balik."

"Tak pun cuba awak cari dia kat padang, dia kata je pergi surau selalunya dia kat padang cuba cari dia kat sana."

"Ohh ok..."

Halamak rupanya mak aku tahu daa. Tapi ye laa macamana dia tak saspek, bapak aku sembahyang full aku cuma lapan rakaat je (aku bagitau mak aku) boleh balik lagi lewat dari orang tua aku.


Kisah Puasa 3

Aku habis SPM dekat puasa dan ketika itulah aku dapat kerja pertama aku iaitu menjual kuih di pasar ramadhan. Makcik Salsuri tu suka aku sebab aku suara lantang dan pandai memanggil pelanggan untuk membeli kuih. Antara ayat-ayat lebat aku ketika menjual kuih adalah..

"Ahh Kuih bukan sebarang kuih, mai beli kak mai beli ahh boleh rasa ye boleh rasaaaaa ... Kita bagi rasa percuma kak kalau sedap baru beli!"

ataupun

"ahh kak mai beli kuih ni kak kita ada offer kak! Dengan setiap pembelian satu ringgit kuih kita bagi Plastik Beg percuma kak! Yeaaa..."

Ahaa hebat tak ayat aku, malangnya aku tak sehebat ini ketika mengayat gadis-gadis. Maka mereka tidak tertipu dengan aku.


Kisah Puasa 4

Ni masa adik sedara aku kecik lagi la, masa tu dia nak berlatih puasa sebab mak dia janji setiap hari dia puasa dia akan dapat duit raya lebih. Jadi dia pun puasa la, cuma ada satu hari dia tak bangun sahur. Bila dia bangun dah pukul lapan pagi jadi lepas sahur, itu membuatkan dia tidak puas hati. Lalu adik sedara aku pun makan breakfast pada pukul 8.30 pagi lepas tu sambung puasa.


P/S - Masa aku mula-mula belajar kat UTM dulu kawan-kawan aku ajak aku pergi Param. Aku pun terkejut sebab Param ialah nama bapak Ramesh ataupun Paramesvaran, kitorang panggil dia Param, rupanya param kat johor ni ialah Pasar Ramadhan daa.. Aku pun pelik sejak bila bapak Ramesh pindah Johor...





3 comments:

LOL... banyaknya cerita cerita puasa... :-D Selamat berpuasa, Sinatra.

 

Jangan puasa yang yok sudah... pagi pagi dahhhh bukak periuk. LMAO...

 

del...mase aku kat UTM pon bdk2 ni kate Param dan aku berase teruja...
haahaha...

tp lame2 aku dah biasa...