Sinatra_Z - Cerita Hantu

Ini bukanlah salah satu cerita dalam siri kisah-kisah ramadhan............... Harap Maklum.

Seperti kebanyakan rakyat Malaysia saya juga mempunyai cerita hantu yang tersendiri.
Yeaa sememangnya cerita hantu cukup popular di Malaysia,
Ini dapat dilihat dengan jelas beberapa tahun yang lalu timbulnya majalah-majalah seperti Mastika dan Persona dengan tajuknya seperti Mayat lompat dari longkang atau Bomoh Iban Menurun Jin Penasihat Cinta dan sebagainya.

Hampir setiap minggu ada-ada je hantu yang keluar dari celah-celah ulu bertam hilir dan dihiasi dengan gambar seseorang pakcik yang menunjukan suatu lokasi dengan tulisan
"Di sinilah saya ternampak lembaga itu."
Barangkali sebenarnya pakcik itu hanya menunjukan jalan untuk ke Tampin kepada wartawan berkenaan.

Cerita Hantu 1
Tajuk : Nenek Kebayan..

Masa aku sekolah rendah dulu masa darjah satu kat tandas lelaki blok 3 sekolah kebangsaan lembah keramat jamban paling hujung sekali budak-budak kata ada nenek kebayan. Mahmud kawan aku kata memang ada dia dah pergi tengok. Aku mula-mula tak berani tengok laa sebab nenek kebayan dalam jamban adalah sesuatu yang agak mendebarkan.

Jadi satu hari aku pun pergi la tengok nenek kebayan tu dan rupanya ianya adalah sebatang mop. Mahmud kata nanti malam mop tu menjelma jadi nenek kebayan.

Lepas tu setelah aku bertahun berlalu aku cerita kat kawan aku Anthony Cheang. Dia pun kata kat sekolah kebangsaan melawati satu pun ada nenek kebayan kat tandas lelaki. Itu pun Mop jugak.

Ahaaa jadi kesimpulan ialah nenek kebayan boleh menjelma jadi MOP.

jaga-jaga haaaa


Cerita Hantu 2
Tajuk : Hantu dalam gambar.

Sememangnya banyak terjadi apabila kita mengambil gambar yang cantik di taman bunga maka terdapat munculnya objek atau bayangan yang tidak disangka. Memang sepatutnya gambar mempunyai 2 orang di dalamnya muncul entiti yang tidak sepatutnya ada. Saya juga pernah mengalami pengalaman ini, nah tak usahlah banyak cerita tengoklah sendiri gambar ini.........


Lihat di belakang, gambar dua makhluk yang tak sepatutnya ada di dalam frame...


P/S - Sekiranya cerita saya telah menakutkan anda usahlah anda risau kerana sekarang ni bulan puasa, setan semua kena ikat.

0 comments: