Sinatra_Z - Pembelajaran Seksual

Yaaaa pastinya tajuk pada hari ini begitu panas bagaikan muka hadapan Harian Metro. Tahukah anda bahawa Harian Metro merupakan satu-satu suratkhabar di Malaysia yang telah mengumukan yang Yasser Arafat telah meninggal Dunia 4 hari sebelum tarikh rasmi.

Namun hari ini bukan itu yang hendak ditulis di sini,
Hari ini saya hendak bercerita.....


Pada Suatu Hari.....
Seorang budak lelaki berumur lingkungan 11 tahun menaiki kereta Proton Saga berwarna Perang bersama dengan Ayah, Ibu, Kakak dan Kakak Saudara. Sedang mereka berjalan-jalan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur budak lelaki itu bertanya kepada ayahnya...

"Ayah Kondom tu apa?"

Bapanya yang terkejut dengan soalan tersentak sebentar. Sesungguhnya soalan itu lebih terkejut dari adengan kereta yang tiba-tiba memancung di hadapan kereta proton saga beliau kerana pemandu Malaysia memang begitu berhemah. Ayah tersenyum simpul dan dengan menggunakan pengalaman hidup yang panjang itu penuh ketenangan beliau menjawab

"Tak tahu, cuba tanya ibu.."

Ibu yang terkejut itu juga memberitahu budak itu yang dia tidak tahu. Soalan sama diajukan kepada kakak dan kakak saudara dan mereka juga tidak mempunyai maklumat mengenai perkara itu. Ayah kemudian bertanya dari manakah budak itu belajar perkataan itu, budak itu menjawab dari RTM 1 rancangan dokumentari AIDS.

Maka selang beberapa hari selepas kejadian itu budak itu membawa persoalan berkenaan ke sekolah. Sedang budak itu membasuh alat lukisan warna air selepas kelas seni di sekolah dia pun bertanya kepada kawanya Megat tentang Kondom.

Megat kemudian gelak kerana kawanya yang jahil itu tidak tahu apakah itu kondom. Megat dengan penuh bangganya menerangkan

"Kondom tu, ahhh... kondom tu dia macam plastik bag, diorang taruk kat kote."

"Plastik beg? Macam plastik beg merah buat bungkus kuih tu ke?"

"Lebih kurang macam tu lah kot." kata Megat

"Buat apa letak plastik kat kote?"

"Oh sebab tak nak kena AIDS."

Budak itu kemudian tergamam sebentar cuba menggambarkan tentang kondom yang berbentuk seperti plastik beg merah buat bungkus nasi lemak letak kat kemaluan.

Ohh macam tu rupanya diorang nak elak Aids,
Tapi bukan kita kena buang air bertakung dan bersihkan longkang ke kalau tak nak kena AIDS... Buat dua-dua sekali kot.

hmm.....................

4 comments:

Ermm... I have stories about condom to share too. maybe next time I'll post it in my blog. You know, i used to ask my mom what is condom too when i was 7 years old. And you know what she told me? She said it's chocolate for adult. And i can't believe that i actually makan bulat bulat what she said. :-(

 

Ala cerita engko ni tak sehebat cerita ku. Ada sekali emak aku terjumpa kondom dekat aku bilik aku. Pastinya dia marah dan terus memaki hamun ku.

"Ah vern! what is this condom i find in your room ar? you dont go and get a girl pregnant i tell you!!"

Adikku yang terdengar jeritan emakku terus bertanya kepada bapak aku

"daddy,daddy. what is condom?"

Ayahku yang telah pun mempunyai 2 anak lelaki sebelum ini dengan tenagnya menjawab

"it's not condom. Its condominium. Its a kind of house"

 

Ko memang macam siut,.... Traffic jam kepala otak aku memikirkan ayat terakhir.

Yang kena buang air bertakung dan bersihkan longkang bukan sebab Aedes ke? Demam denggi orang panggil?

Tak pasal-pasal aku meragui intelektual aku dan menghabiskan kan masa lebih dari 15 minit untuk search kat wikipedia. Dah lah streamyx laju macam lori tanah.

siut lah....

 

Ingat tak lagu dikir barat ni?

"AIDS merbahaya, aedes pula mengancam manusia"

yg slalu keluar kat rtm 1. Itu dia punya connection sampai org ingat aids ngan aedes sama.