Sinatra_Z - Rumah Saya


Rumah saya sebelum pengubahsuaian (renovate lah tu).


Seperti kebanyakan rakyat Malaysia saya juga mempunyai sebuah rumah. Namun rumah itu sebenarnya bukan rumah saya tetapi kepunyaan ayah saya. Tapi kira rumah saya lah. Untuk pengetahuan anda semua sekarang saya tinggal seorang diri dekat rumah, mak dan ayah saya kini berada di Sarawak sebab kerja, kakak saya tinggal bersama suaminya di rumah yang lain dan abang saya tinggal di rumah bujangnya. Saya kena jaga rumah.

Beberapa bulan lepas masa saya baru mula kerja mak saya kata dia akan pindah ke Sarawak dan tinggal sana dengan ayah saya, jadi dia suruh saya jaga rumah la sebab saya sekarang dah besar dan tak takut kat gelap, hantu, cicak mahupun lipas. Oklah saya pun kadang-kadang agak-agak la nak bunuh lipas sebab dia geli. Selalu saya spray jer saya takkan pijak dia.

Jadi bila saya mendengar berita ini saya pun berkata kepada ibu saya

"Wah satu rumah saya punya, bolehlah saya buat Parti Liar!!"

Teringat saya dulu masa sekolah menengah, bila mak bapak Elhan balik kampung awal dan Elhan tak ikut. Budak-budak suka melepak rumah elhan memasak dan tak puasa. Tapi saya puasa la. Betul tak tipu. Kitorang lepak kat rumah dia main daun terup sampai sahur, memasak dan buat benda mengarut. Ataupun kitorang lepak rumah Sapik malam raya korban sebab dia tak ikut bapak dia balik kampung. Kitorang main winning eleven, makan-makan dan main Saidina sampai pagi. Untuk yang tak tahu tu Saidina ni kira macam Monopoli buatan Malaysia la.

Jadi saya pun sudah bersemangat apabila saya dapat tahu saya akan menjadi tuan rumah ini. Ah pelbagai benda boleh saya buat, takde siapa nak marah saya oh seronoknya. Ahhh tibalah masanya untuk bergumbira..

Malangnya saya terlupa satu perkara yang agak penting iaitu saya ini bukanlah seorang yang liar. Maka agak sukarlah untuk seseorang yang tidak liar untuk mengadakan atau menganjurkan sesebuah parti liar.

Kini rumah saya agak tenang, waktu paling meriah kat rumah saya pun adalah ketika saya memasak 2 bungkus mee segera indo mee untuk makan dengan lauk saya beli dari Giant Hypermarket. Ataupun nak meriah sikit ketika saya pasang almari buku baru dekat bilik, pun dibeli dari Giant Hypermarket.

Maka kat rumah saya takdelah Parti,

Main Saidina pun takde... Sebab Saidina saya dah hilang.

hmm....................



P/S - Kalau awak takde tempat nak main Saidina datanglah rumah saya, nanti saya buatkan air oren. Tu pun kalau masa tu ada lagi lah kordial oren kat dapur. Kalau takde air mati je lah, tu pun kalau saya ingat nak masak air. Kalau tak air paip dengan ais je lah.

2 comments:

Eh, eh, dah lama tak main Saidina...rindu zaman bebudak masa masih berhinggus dulu, selalu main Saidina masa tunggu keputusan UPSR dalam class. I stumbled upon your blog, Mr. Sinatra_Z. Feel free to visit mine and exchange opinions with me.

http://cleffairy.wordpress.com