Sinatra_Z - Memakan Sate Bersama Keluarga

Seperti kebanyakan rakyat Malaysia saya juga pernah makan sate bersama keluarga saya.



Pada malam isnin saya bersama-sama keluarga saya pergi makan sate di restoran Sate Kajang Haji Samuri di Taman Melati. Di sana terdapat pelbagai jenis sate yang dihidangkan, kami memakan sate ayam, sate daging lembu, sate ikan dan nasi impit. Kemudian kakak saya memesan mee bandung dan ibu saya memesan nasi goreng kampung. Di sana tidak dijual sate babi kerana ianya restoran halal. Kalau ada sate babi pun saya tidak akan makan kerana ustazah kata babi itu haram.
Sedang kami memakan sate dan berbual-bual mengenai berita terkini kakak saya ada bertanya kepada ibu saya.

"Maa bila nak beli katil baru, bolehlah Fara tidur kat rumah nanti."

"alaa nanti tengoklah"

"Haa kalau takde katil baru nanti kitorang (dia bersama suaminya) takkan balik raya."

"ahhh tak peduli!"

Kata ibu saya.
Sebelum anda membuat kesimpulan yang kakak saya seorang yang menderhaka kerana katil atau ibu saya seorang yang sangat rockers perlu anda ketahui satu perkara tentang kakak saya. Kakak saya tinggal di Taman Melawati bersama abang ipar saya, sekiranya memandu dari rumah kami di Taman Permata ke rumah beliau memakan masa lebih kurang 5 minit. Kalau Jalan kaki lebih kuran 20 ke 30 minit manakala berbasikal dalam lebih kurang 10 ke 15 minit. Jadi ugutan kakak saya untuk tidak tidur di rumah kami ketika raya tidak memberi kesan kepada ibu saya, kerana kemungkinan besar kalau ada katil baru sekalipun mereka tetap akan pulang ke rumah bila raya nanti.

Setelah kami memakan sate kami berjalan ke arah kereta untuk pulang ke rumah. Ketika kami melalui kedai runcit bersebelahan ibu saya membaca tajuk utama akhbar tempatan dan tajuk utama akhbar Harian Metro mendapat perhatian beliau..

Tajuk Utama Harian Metro : 16 Remaja Dicekup dalam Pesta Seks.

"Pesta Seks! Eeee Jahatnya!!"

"Adik apa Pesta Seks tu?"

"Tak Tahu..."

Ahh remaja zaman sekarang memang sungguh liar, tak macam saya dahulu kami tidak pernah buat perkara sebegitu. Paling meriah pun sekadar main Saidina sahaja.



Setelah pulang ke rumah ibu saya menyuruh saya mengangkat mesin jahit mudah alih yang berjenama Singer (menawan keluarga bahagia) ke dalam bilik setor. Di sana ibu saya berkata

"Haa letak sini, jaga-jaga jangan kena corning ware kalau pecah nanti mama nangis."

"Ohh Overnya, macamlah kucing mati."

"Kalau kucing mati mama tak nangis langsung, sebab kalau dia masih hidup kena keluar duit pinggan ni Mahal kalau pecah rugi."

hmm..................

Mak Saya tak suka binatang.
Walaupun kucing comel. Sebab kucing jiran selalu berak di ruang rumput belakang umah kami.

p/s - Saya suka kucing, cuma kalau dia berak saya tak mau basuh.

3 comments:

Eh...Satay! Lapar aku dibuatnya! LOL... nampak sedaplah satay tu...

Anyway, on pesta seks...budak-budak sekarang ni modern terlebih dan menggedik semacam. Zaman saya dulu, paling liar pun, bawak kawan makan di rumah lepas sekolah je... lepas tu hentam main playstation...huhuhu....


Cleffairy: Tengah pening kepala memikir macam mana nak masak udang lipan. Aisehh, itulah, dulu mak nak ajar masak, asyik tengok kartun dan baca komik saja. Sekarang kan susah. T_T Sinatra tau macam mana masak udang lipan? Tangan saya gatal sangat pagi tadi, pergi pasar beli udang lipan...

 

Clef, selalunya, tangan gatal selepas makan udang and not before.

Masukkan saja dalam periuk, taruh air, taruh sup something adabi, taruh garam, and lepas masak, makan.

 

saya tidak suka makan udang lipan. Rupanya menakutkan dan isinya tak banyak. Ayam lagi sedap