Sinatra_Z Menulis Tentang ...................................................... Memancing

Seperti kebanyakan rakyat Malaysia saya juga pernah melibatkan diri di dalam aktiviti masa lapang yang agak digemari orang ramai yakni memancing.

Memancing yang saya maksudkan di sini adalah aktiviti memancing ikan. Janganlah anda terkeliru dengan aktiviti memancing lain seperti memancing gadis, memancing undi atau memancing modal perlaburan internet.

Antara ingatan terawal saya mengenai kegiatan masa lapang ini adalah ketika saya masih belajar di tadika Ladybird Lembah Keramat. Di belakang rumah saya berhampiran padang permata dua saya bersama-sama kawan menagkap segerombolan berudu dalam longkang dengan menggunakan cawan slurpee dari "Seven-Eleven". Kami kemudian membawa pulang berudu berkenaan ke rumah untuk dibela, namun hasrat saya dibantah oleh ibu saya kerana berudu bukan merupakan sejenis ikan, mana lah saya tahu waktu tu baru umur 5 tahun, masih bodoh lagi.


Gambar Hiasan ............ Lokasi : UTM Skudai Johor Kolej Perdana

Sejak peristiwa berkenaan sering saya bersama rakan-rakan menjelajah kesana kemari untuk menangkap ikan. Selalunya kami akan ke sungai (longkang besar) dekat tepi rumah Fauziah Latiff untuk menangkap ikan namun seringkali gagal. Secara tuntasnya boleh saya katakan belum pernah kami berjaya menangkap ikan namun kami tidak pernah berputus asa.Saya ketika itu adalah seorang budak bandar yang ingin berlagak kampung kerana terpengaruh dengan buku komik LAT. Namun kekecewaan saya tidak lama apabila saya berkenaan dengan seorang budak bernama Aizuddin @ Colen. Makcik Colen, Mak Tam ajar saya mengaji dan sering dia sakit kepada dengan saya sebab separuh jalan saya membaca muqaddam saya akan tertidur. Makcik dia sering mengadu nasibnya kepada ibu saya tentang kehebatan saya melelapkan mata walaupun dia terlepas pandang saya tak sampai seminit.

Kembali kepada memancing, dahulu sering saya mengikut Colen menjelajak ke dalam likuk-likuk longkang Padang Permata dua terutama selepas hujan untuk menangkap Belut Longkang. Belut longkang adalah sama seperti belut sungai dari segi saiz, warna serta panjang cuma belut ini tinggal dalam longkang. Selalu akan dapat kami tangkap belut ini dan akan mengumpul belut-belut berkenaan di tangki rumah Colen. Apabila sudah berpuas hati dengan jumlah ikan Colen akan menjual belut-belut berkenaan ke pasar tani atau pasar malam taman melawati dan seterusnya akan diniagakan kepada penduduk sekitar. Saya tak pasti sekiranya mereka tahu bahawa belut berkenaan adalah belut longkang.

Namun belut longkang tidaklah boleh dianggap sebagai aktiviti memancing. Adengan memancing yang benar-benar berlaku adalah ketika saya darjah lima di Sekolah Kebangsaan Taman Permata. Di sana saya berkenalan dengan seorang budak bernama Najimuddin atau nama samarannya Atok. Atok bersama dengan Jeffri sering menjalankan aktiviti memancing selepas sekolah. Mereka sering menceritakan pada saya tentang saiz ikan talapia yang mereka berjaya pancing. Jadi satu hari saya mengikut mereka menuju ke tempat mereka memancing ikan talapia. Lubuk pancing mereka tidaklah jauh dari sekolah ataupun rumah saya. Tempat mereka memancing adalah Loji Kumbahan najis di belakang Taman Permata atau lebih dikenali ketika itu dengan nama Loji Taik. Patutlah ikan-ikan si Atok dan Jeffri ni besar, almaklumlah ikan-ikan tu semua makan Kentaki, McDonald, Nasik Kandar Ayam Madu, Mee Rebus dan bermacam-macam lagi.

Barangkali inilah sebabnya ayah saya memang tak suka makan ikan air tawar.

Anehnya ketika itu bau-bau aroma asli tidak dapat kami bau, oleh itu ianya tidaklah menggangu aktiviti memancing kami. Atok memang terkenal satu Taman Permata kerana menjadi pelopor dalam bidang ini yang menyebabkan 5 tahun kemudian beliau akan mendapat nama samaran atau gelaran Talapia Loji.

hmm..........

Mula-mula berudu, lepas tu belut longkang dan sekarang Talapia Loji.

Beberapa tahun selepas tamat persekolahan Gan Yew Hock satu hari mengajak saya pergi memancing kerana dia telah membeli beberapa joran baru. Kami pun pergi memancing di sebuah kolam di Danau Kota. Dengan umpan roti putih Gardenia kami memancing bersama-sama beberapa kumpulan pakcik-pakcik dan abang-abang yang bergaya dengan joran panjang dan mahal mereka. Namun tidak ada seorang pun berjaya mendapat ikan. Hinggalah pada satu ketika dua orang budak datang menaiki basikal membawa hanya tali tangsi, beberapa ekor cacing, mata kail dan sebuah bali plastik bancuhan simen datang. Tak sampai 15 minit mereka pancing dapat 3 ekor ikan. Melihat kehebatan mereka saya pun menawarkan untuk membeli umpan mereka, budak-budak berkenaan menolak tawaran saya dan telah bersetuju untuk membelanja saya beberapa ekor cacing kerana mereka sudah berapa puas dengan jumlah ikan mereka hari itu.

Namun dengan cacing mereka kami masih tidak dapat ikan lalu kami meletakkan joran di atas tanah sambil mengunggu nasib. Budak-budak tadi yang sudah bosan mula merayau-rayau untuk melawat pemancing yang lain berjalan kearah kami. Yang peliknya mereka membuat satu pusingan atas kami dan tidak terus berjalan melangkah joran kami. Saya yang rasa aneh dengan perbuatan mereka itu bertanya

Zaidel : "Dik apasal korang jalan terus je??"

Budak : "Kitorang tak nak langkah joran abang"

Zaidel : "Alaa langkah je la, abang tak kisah."

Budak :"ehh tak boleh lankah joran bang nanti tak dapat ikan.."

Gan Yew Hock : "Patutlah tak dapat ikan, rupanya ada Fung Sui (Feng Shui) kena ikut.. Pantang larang.."



hmm.......................
.



P/S
Teka Teki... Atok kasi kat aku dulu....

Soalan : Dalam banyak-banyak ikan air tawar Malaysia, ikan air tawar apakah yang paling besar?

Jawapan : Ikan yang pemancing tu terlepas, lepas tu dia cerita balik kat kawan dia.

Contoh - "ko tahu ikan tu BESOR NI HAAA....."

0 comments: