Sinatra_Z .............................................. Kawan

Nama : Zaidel Baharuddin
Kelas : 3 Kenanga
Matapelajaran : Karangan Bahasa Malaysia

Tajuk : Kawan

Seperti kebanyakan rakyat Malaysia pastinya anda mempunyai kawan. Tapi tahukan kamu bahawa kawan dalam Bahasa Malaysia mempunyai pelbagai kata ganti dan maksud yang tertentu. Oleh itu sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab anda seharusnya tahu jenis-jenis kawan yang terdapat di Malaysia...


Kawan 1
Kawan ini tidak semestinya kita kenali sekian lama, malah sekiranya kita baru melihat beliau kali pertama dan ingin berinteraksi dengan orang berkenaan maka kita bolehlah menganggap orang itu kawan. Namun kawan jenis ini bukanlah kawan dalam erti kata sebenar akan tetapi hanyalah kenalan untuk jangka masa pendek.

Contoh
"Hello Kawan boleh tanya tak, sekarang pukul berapa?"
"Allaa boleh diskaun laa kawan, awak sudah untung banyak..."

Kawan 2
Penjodoh Bilangan, biasanya digunakan untuk menunjukan sekumpulan makhluk atau manusia di sesuatu tempat. Biasanya digunakan untuk segerombolan manusia.

Contoh :
Sekawan Burung atau Ali dan kawan-kawan.


Chong dan Kawan-kawan lelakinya yang sepi...

Kawan 3
Digunakan untuk memerangkan tentang sekumpulan kanak-kanak yang belajar mengaji dalam rancangan TV bernama Iqraq. Rancangan ini ditujukan kepada orang dewasa yang tak reti nak baca Quran atau yang baca Surah Yasin merangkak-rangkak tapi malu nak pergi kelas mengaji sebab takut kena kutuk dengan ustaz.

Contoh
"Mari kawan-kawan, kita baca Quran, Jangan Malu segan guru akan tunjukan."

Kawan 4
Biasanya digunakan untuk sekumpulan remaja yang menaiki motor (atau vespa) sekitar tahun 70 an dan 80 an. Biasanya digunakan dua kali (kawan-kawan) dia biasanya digunakan ketika konvoi beramai-ramai ke pantai morib.

Contoh
"Ok kawan-kawan, mari kita pergi Enjoy!!"
"Janganlah kasi malu dengan I depan kawan-kawan I semua" Kata Zack (Jamal Abdillah) kepada Azura (Fauziah Ahmad Daud.)

Teman
Teman meruapakan perkataan gantian untuk kawan, biasanya digunakan untuk orang yang telah lama kita kenali atau seseorang yang mempunyai hubungan baik dengan kita.

Contoh : Inilah Teman Seperjuangan saya.

Teman 2
Perkataan yang digunakan untuk seseorang atau sesuatu yang meluangkan masa bersama dengan kita dalam sesuatu keadaan atau kejadian.

Contoh :
"Si tompok ni la yang teman makcik malam-malam."
"Fara boleh kau teman aku pergi makan tak? Segan la nak makan sorang kat kenduri."

Teman 3
Perkataan yang digunakan untuk membahasakan diri atau perkataan ganti bagi "Saya" biasanya digunakan oleh orang yang berketrurunan negeri Perak.

Contoh
"Teman dah lama benor tak pergi karaoke."
"Teman berkenan benor menengok anak si Tipah tu, rajin nolong maknye beli kicap kat merkit."

Teman Tapi Mesra
Biasanya digunakan untuk seseorang yang rapat (Atau terlebih rapat) dan telah banyak melakukan perkara-perkara tertentu dengan diri kita. Namun walaupun rapat dan telah banyak dilakukan berdua akan tetapi perasaan cinta masih tidak dapat timbul dari pihak empunya diri, namun tidak rela untuk berpisah. Biasanya hubungan ini adalah berdasarkan harapan palsu ataupun kemahuan ehemm ehemm... Bukan kekasih tapi lebih dari kawan yeaa itulah dia Teman Tapi Mesra. Dipopularkan dalam lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan gadis dari Indonesia RATU.

Contoh:
Aku punya teman, Teman sepermainan (ahh ahh ahh), Dimana ada dia selalu ada aku,Cukuplah saja berteman denganku, Janganlah kau meminta lebih
Kutak mungkin mencintaimu
Kita berteman saja
Teman tapi mesra ...............

Teman Setia Anda
Teman setia anda adalah siaran rancangan telivisyen yang diterbitkan oleh Radio Televisyen Malaysia. Penerbitan rancangan ini adalah dipenuhi dengan drama-drama rakyat, dokumentari mengenai pertanian atau keselamatan jalan raya dan suatu ketika dahulu terkenal dengan penayangan lagu dikir barat mengenai AIDS dan AEDES. Biasanya digunakan sebagai rawatan untuk orang yang tidak boleh tidur malam (Insomnia), seseorang yang mempunyai masaalah tidur biasanya akan hilang genjala ini apabila menonton RTM 1 untuk lebih dari 20 minit.

Contoh
"A.I.D.S merbahaya... AEDES pula mengancam manusia....."
"RTM Teman Setia Andaaa..... ZZzzzzzzZZZ"

Jadi sebelum anda memilih kawan atau teman.. Fikir-fikirkanlah kawan atau teman jenis apa yang anda pilih...

2 comments:

Teman seperjuangan lah...

 

Vern

Ish Teman Mengentot ko tak pulak tulis?

Dalam Bahasa Inggeris kita panggil Fuck Buddy